Sunday, 20 December 2009

Blog sebagai bahan proses pengajaran dan pembelajaran

Penggunaan blog dalam proses pengajaran dan pembelajaran jarang sekali di praktikkan oleh para guru di sekolah. hal ini berdasarkan kepada pemerhatian penulis sendiri di sekolah praktikal pada semester lepas. Didapati memang sudah ada kesedaran para guru untuk menggunakan multimedia atau bahan bereletronik ketika proses pengajaran namun, amat jarang para guru menggunakan blog atau web untuk pengajaran di bilik darjah.
Oleh yang demikian, bagi penulis,penggunan blog atau web ketika proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai daya tarikan kepada para pelajar. Selain capaian yang mudah dan pantas, ia dilihat sebagai bahan yang boleh digunakan untuk rujukan pelajar di luar waktu pengajaran.
Penulis merasakan amat bertuah kerana dapat membina sebuah blog untuk satu subtopik dalam silibus pendidikan islam. Penulis barharap, dapat membina blog pengajaran seperti ini lagi untuk subtopik tajuk yang berbeza pula. Tugasan ini dapat memberi pengalaman yang berguna kepada penulis untuk mengajar di sekolah kelak.

Thursday, 17 December 2009

Refleksi...

Alhamdulilah, siap juga akhirnya tugasan latihan ilmiah ini. Setelah menharungi pelbagai cabaran dan halangan dalam proses menyiapkan tugasan ini, alhamdulilah, dengan izin Allah saya dapat menyiapkan analisis laman web atau blog untuk melihat sejah mana sesebuah laman web atau blog tersebut sama ada sesuai atau tida untuk diientegrasikan dalam penagjaran dan pembelajaran guru dan pelajar di dalam kels. Tajuk yang dipilih oleh pengkaji ialah " Makanan Yang Halal Dan Haram Menurut Islam" . Setelah mengkaji lbih 50 laman web tentang tajuk tesebut, akhirnya pengkaji mendapati tidak semua web yng dikaji itu mempunyai tahap kesesuaian untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran. Analiis dibuat berdasarkan kepada 10 kriteria stndard pemikiran. Pengunjung boleh melawat blog saya yang brtjuk "Penilaian Web" untuk melihat kajian saya tentang 50 web tersebut.
Setelah pengkajian selesai, ruangan untuk pengisan blog juga perlu diisi agar ianya sesuai untuk diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. oleh yang demikian, blog yang dibangunkan oleh pengkaji juga berdasarkan kpada 10 kriteia standard pemikran yang teah ditetapkan. Pengkaji juga memasukan widget yang sesuai untuk menarik minat pengunjung membacanya. Dalam proses pengisian laman p&p tersebut,pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pengkaji ataranya masalah surf internet yang slow, masalah post blog dan masalah pencarian bhan dan pengubahsuaian isi agar ianya setaraf dengan label untuk para pelajar tingkatan 1. namun ia tidak bermakna laman tersebut untuk pelajar tingkatan 1 sahaja tetapi juga boleh digunakan untuk semua peringkat umr memandangkan terdapt juga pengetahuan umum yang kita belum diketahui.
Walaubagaimanpun,saya amat bersyukur kerana diberi tugaan seperti ini sekurang-sekurangnya saya dapat mempelajari suatu benda yang baru mengenai dunia teknlogi. walupun pada mulanya saya kurang yakin untuk membuat tugasan seperti ini memandangkan saya tidak mahir dalam tugasan yang mlibatkan kepada kemahiran dalam teknologi. Namun saya bersyukur kerana dapat mempelajari membuat blog ini. Diharapkan blog ini dapat membantu guru dan pelajar untuk dijadikan sebagai bahan dalam p&p.
Akhir kata,terima kasih kepada pensyarah penyelia kami iatu Dr Hjh Fatimah yang banyak mmbantu kami, serta sahabat-sahabat seperjuangan saya . sekian..wallahu a'lam...

Friday, 2 October 2009

Mukadimah

Salam semua....

sepertimana yang kita sedia maklum, bagi para pelajar tahun 4 fakulti pendidikan UKM, telah menjalani praktikum atau latihan mengajar bagi memenuhi kursus GGGE 3036 pada semester pendek yang lalu iaitu semester 3 sesi 2008/2009. Latihan mengajar dijalankan di sekolah-sekolah menengah di 7 buah kawasan iaitu Selangor,Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu..Namun,terdapat juga sahabat-sahabat kami yang dihantar untuk menjalani praktikal di Indonesia.

Saya juga tidak ketinggalan menjalani latihan ini. Setiap pelajar diberi peluang untuk memilih mana-mana negeri yang mereka mahukan untuk menjalani latihan ini. Begitu juga saya telah memilih Negeri Sembilan sebagai tempat latihan mengajar memandangkan negeri tersebut berada di antara Selangor dan Johor tempat asal ku.. Dan akhirnya, keputusan penempatan latihan mengajar telah dikeluarkan oleh Pejabat Dekan Fakulti. Saya telah dihantar untuk latihan tersebut di kawasan yang agak jauh (kawasan luar bandar) di Bahau Negeri Sembilan..

Pada mulanya,agak keberatan untuk ke sana, dan rasa hendak menukar kawasan memandangkan kawasan tersebut agak jauh dari Ukm dan juga jauh daripada kampungku. Namun akhirnya,aku bertekad jua menerima hakikat tersebut kerana aku tahu,mungkin di situ lah aku dapat menimba pelbagai pengalaman berharga dalam proses untuk menjadi seorang guru pendidikan islam... aku dan seorang lagi sahabat ku daripada course pendidikan Al-Quran dihantar ke sebuah sekolah di sebuah kawasan luar bandar iaitu Sek Men Dato' Mansor. hanya kami berdua sahaja yang menjalani latihan mengajar di sekolah tersebut..

Thursday, 1 October 2009

Selepas cuti raya

Assalamualaikum sahabat-sahabat saya sekalian, sudah pastinya sahabat-sahabat masih di dalam mood raya memandangkan cuti raya hanya seminggu sahaja. begitu juga dengan saya yang rasanya masih berada di kampung hati ni...=)

Sebelum pulang ke kampung pada 18 hb september lepas, saya risau memikirkan tugasan latihan ilmiah saya kerana di kampung tiada perkhidmatan wireless internet seperti di kampus, jadi tugasan-tugasan saya akan terhenti seketika khususnya dalam penialaian web dan pengisian blog. oleh yang demikian, sebelum cuti berhari raya, saya mengambil kesempatan membuat sedikit sebanyak tugasan serta asigment-asigment lain yang berkaitan...

selepas cuti berhari raya, kini segala tugasan perlu diselesaikan memandangkan sekarang sudah berada di saat-saat akhir semester ( minggu yang ke 12) saya harap,saya dan sahabat-sahabat ilmiah yang lain, dapat menyelesaikan tugasan ini dengan bersungguh-sungguh dan bekerjasama dalam satu kumpulan...

sedikit demi sedikit



Sama-sama ketika memilih template untuk blog-blog kami....

Assalamualaikum....

Alhamdulilah...bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaan-Nya, saya dapat membina dan membangunkan 4 buah blog yang merupakan salah stu tugasan yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan dalam kursus latihan ilmiah GGGE 4013.

Pada permulaan untuk membangunkan blog ini,saya menghadapi kesukaran kerana saya tidak terlalu expert dalam membuat blog ini. namun, hasil bantuan sahabat-sahabat sekumpulan saya,akhirnya saya dapat membangunkan 4 buah blog yang terdiri daripada laman p&p, maklumat peribadi saya, penilaian web serta blog refleksi ini.

saya mengharapkan blog yang dibangunkan ini sedikit sebanyak dapat memberi input berguna kepada para pengunjung. =)