Friday 2 October 2009

Mukadimah

Salam semua....

sepertimana yang kita sedia maklum, bagi para pelajar tahun 4 fakulti pendidikan UKM, telah menjalani praktikum atau latihan mengajar bagi memenuhi kursus GGGE 3036 pada semester pendek yang lalu iaitu semester 3 sesi 2008/2009. Latihan mengajar dijalankan di sekolah-sekolah menengah di 7 buah kawasan iaitu Selangor,Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu..Namun,terdapat juga sahabat-sahabat kami yang dihantar untuk menjalani praktikal di Indonesia.

Saya juga tidak ketinggalan menjalani latihan ini. Setiap pelajar diberi peluang untuk memilih mana-mana negeri yang mereka mahukan untuk menjalani latihan ini. Begitu juga saya telah memilih Negeri Sembilan sebagai tempat latihan mengajar memandangkan negeri tersebut berada di antara Selangor dan Johor tempat asal ku.. Dan akhirnya, keputusan penempatan latihan mengajar telah dikeluarkan oleh Pejabat Dekan Fakulti. Saya telah dihantar untuk latihan tersebut di kawasan yang agak jauh (kawasan luar bandar) di Bahau Negeri Sembilan..

Pada mulanya,agak keberatan untuk ke sana, dan rasa hendak menukar kawasan memandangkan kawasan tersebut agak jauh dari Ukm dan juga jauh daripada kampungku. Namun akhirnya,aku bertekad jua menerima hakikat tersebut kerana aku tahu,mungkin di situ lah aku dapat menimba pelbagai pengalaman berharga dalam proses untuk menjadi seorang guru pendidikan islam... aku dan seorang lagi sahabat ku daripada course pendidikan Al-Quran dihantar ke sebuah sekolah di sebuah kawasan luar bandar iaitu Sek Men Dato' Mansor. hanya kami berdua sahaja yang menjalani latihan mengajar di sekolah tersebut..

No comments:

Post a Comment