Friday 2 October 2009

Mukadimah

Salam semua....

sepertimana yang kita sedia maklum, bagi para pelajar tahun 4 fakulti pendidikan UKM, telah menjalani praktikum atau latihan mengajar bagi memenuhi kursus GGGE 3036 pada semester pendek yang lalu iaitu semester 3 sesi 2008/2009. Latihan mengajar dijalankan di sekolah-sekolah menengah di 7 buah kawasan iaitu Selangor,Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu..Namun,terdapat juga sahabat-sahabat kami yang dihantar untuk menjalani praktikal di Indonesia.

Saya juga tidak ketinggalan menjalani latihan ini. Setiap pelajar diberi peluang untuk memilih mana-mana negeri yang mereka mahukan untuk menjalani latihan ini. Begitu juga saya telah memilih Negeri Sembilan sebagai tempat latihan mengajar memandangkan negeri tersebut berada di antara Selangor dan Johor tempat asal ku.. Dan akhirnya, keputusan penempatan latihan mengajar telah dikeluarkan oleh Pejabat Dekan Fakulti. Saya telah dihantar untuk latihan tersebut di kawasan yang agak jauh (kawasan luar bandar) di Bahau Negeri Sembilan..

Pada mulanya,agak keberatan untuk ke sana, dan rasa hendak menukar kawasan memandangkan kawasan tersebut agak jauh dari Ukm dan juga jauh daripada kampungku. Namun akhirnya,aku bertekad jua menerima hakikat tersebut kerana aku tahu,mungkin di situ lah aku dapat menimba pelbagai pengalaman berharga dalam proses untuk menjadi seorang guru pendidikan islam... aku dan seorang lagi sahabat ku daripada course pendidikan Al-Quran dihantar ke sebuah sekolah di sebuah kawasan luar bandar iaitu Sek Men Dato' Mansor. hanya kami berdua sahaja yang menjalani latihan mengajar di sekolah tersebut..

Thursday 1 October 2009

Selepas cuti raya

Assalamualaikum sahabat-sahabat saya sekalian, sudah pastinya sahabat-sahabat masih di dalam mood raya memandangkan cuti raya hanya seminggu sahaja. begitu juga dengan saya yang rasanya masih berada di kampung hati ni...=)

Sebelum pulang ke kampung pada 18 hb september lepas, saya risau memikirkan tugasan latihan ilmiah saya kerana di kampung tiada perkhidmatan wireless internet seperti di kampus, jadi tugasan-tugasan saya akan terhenti seketika khususnya dalam penialaian web dan pengisian blog. oleh yang demikian, sebelum cuti berhari raya, saya mengambil kesempatan membuat sedikit sebanyak tugasan serta asigment-asigment lain yang berkaitan...

selepas cuti berhari raya, kini segala tugasan perlu diselesaikan memandangkan sekarang sudah berada di saat-saat akhir semester ( minggu yang ke 12) saya harap,saya dan sahabat-sahabat ilmiah yang lain, dapat menyelesaikan tugasan ini dengan bersungguh-sungguh dan bekerjasama dalam satu kumpulan...

sedikit demi sedikit



Sama-sama ketika memilih template untuk blog-blog kami....

Assalamualaikum....

Alhamdulilah...bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaan-Nya, saya dapat membina dan membangunkan 4 buah blog yang merupakan salah stu tugasan yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan dalam kursus latihan ilmiah GGGE 4013.

Pada permulaan untuk membangunkan blog ini,saya menghadapi kesukaran kerana saya tidak terlalu expert dalam membuat blog ini. namun, hasil bantuan sahabat-sahabat sekumpulan saya,akhirnya saya dapat membangunkan 4 buah blog yang terdiri daripada laman p&p, maklumat peribadi saya, penilaian web serta blog refleksi ini.

saya mengharapkan blog yang dibangunkan ini sedikit sebanyak dapat memberi input berguna kepada para pengunjung. =)