Sunday, 20 December 2009

Blog sebagai bahan proses pengajaran dan pembelajaran

Penggunaan blog dalam proses pengajaran dan pembelajaran jarang sekali di praktikkan oleh para guru di sekolah. hal ini berdasarkan kepada pemerhatian penulis sendiri di sekolah praktikal pada semester lepas. Didapati memang sudah ada kesedaran para guru untuk menggunakan multimedia atau bahan bereletronik ketika proses pengajaran namun, amat jarang para guru menggunakan blog atau web untuk pengajaran di bilik darjah.
Oleh yang demikian, bagi penulis,penggunan blog atau web ketika proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai daya tarikan kepada para pelajar. Selain capaian yang mudah dan pantas, ia dilihat sebagai bahan yang boleh digunakan untuk rujukan pelajar di luar waktu pengajaran.
Penulis merasakan amat bertuah kerana dapat membina sebuah blog untuk satu subtopik dalam silibus pendidikan islam. Penulis barharap, dapat membina blog pengajaran seperti ini lagi untuk subtopik tajuk yang berbeza pula. Tugasan ini dapat memberi pengalaman yang berguna kepada penulis untuk mengajar di sekolah kelak.

No comments:

Post a Comment