Thursday 1 October 2009

Selepas cuti raya

Assalamualaikum sahabat-sahabat saya sekalian, sudah pastinya sahabat-sahabat masih di dalam mood raya memandangkan cuti raya hanya seminggu sahaja. begitu juga dengan saya yang rasanya masih berada di kampung hati ni...=)

Sebelum pulang ke kampung pada 18 hb september lepas, saya risau memikirkan tugasan latihan ilmiah saya kerana di kampung tiada perkhidmatan wireless internet seperti di kampus, jadi tugasan-tugasan saya akan terhenti seketika khususnya dalam penialaian web dan pengisian blog. oleh yang demikian, sebelum cuti berhari raya, saya mengambil kesempatan membuat sedikit sebanyak tugasan serta asigment-asigment lain yang berkaitan...

selepas cuti berhari raya, kini segala tugasan perlu diselesaikan memandangkan sekarang sudah berada di saat-saat akhir semester ( minggu yang ke 12) saya harap,saya dan sahabat-sahabat ilmiah yang lain, dapat menyelesaikan tugasan ini dengan bersungguh-sungguh dan bekerjasama dalam satu kumpulan...

No comments:

Post a Comment